FALSAFAH TARIAN ZAPIN DALAM TAMADUN MELAYU

The Patriots· 12 Mac 2017 · 

Menggelegak darah Melayu saya melihatkan bagaimana tarian Melayu dicerca dan dihina oleh seorang pak Arab dari Najd dalam sebuah video yang menggambarkan bahawa delegasi dari Malaysia memperkenalkan tarian ini kepada pak Arab di sana, demi mempromosikan budaya Malaysia, dan yakni budaya Melayu juga di sebuah pesta buku antarabangsa di Riyadh.

Saya fikir proksi mereka sahaja yang di Malaysia yang alergik dengan budaya Melayu (seperti mana yang pernah dibidas oleh kami sebelum ini), rupa-rupanya bapa besar mereka di Riyadh pun lebih kurang juga. Lebih menyedihkan, ada anak Melayu yang tumpang sekaki melempar caci pada budaya yang mereka tidak langsung mengetahui, mengandungi mutiara ketinggian falsafah tamadun Melayu itu sendiri.

Jadi, izinkan saya untuk menukilkan artikel ini, memberi penjelasan betapa sebenarnya tarian zapin yang dihina itu, mengandungi mutiara ketamadunan Melayu yang sangat indah, membenarkan sekaligus panggilan barat untuk orang Melayu sebagai The Gentlemen Of The East.

Hmmm… kita mahu bermula dari mana? Oh sejarah zapin itu sendiri. Meskipun tarian ini dipercayai datang dari bumi Arab sendiri, atau lebih tepat dari bumi Hadramaut itu sendiri, namun apabila sampai kepada orang Melayu ia telah mengalami proses asimlasi dan adaptasi dengan budaya Melayu itu sendiri. Atas sebab itulah, tarian zapin hari ini mempunyai falsafah yang mengambbarkan estekika bangsa Melayu. Ia akan penuh dengan sifat lemah lembut dalam perlakuan, kehalusan dalam perlakuan dan juga tertibnya dalam pergaulan .

Penari lelaki mempunyai tatagerak yang berbeza daripada seorang penari wanita. Seorang penari lelaki dalam tarian zapin harus kelihatan maskulin, megah, tegap dan gagah. Ini adalah ciri-ciri seoprang lelaki yang dituntut oleh tamadun Melayu.

Kalau diperhatikan, lagak dan gerak penari Zapin yang kelihatan seperti mengepung penari wanita dalam tarian zapin bertujuan untuk melambangkan peranan seorang lelaki untuk melindungi kaum wanita daripada segala marabahaya, sesuai dengan sifat seorang lelaki sebagai pelindung kaum wanita. Kaum lelaki dilarang sama sekali untuk meniru penggerakkan tari dan lenggok kaum wanita.

Bagi penari wanita pula, tatagerak tubuh mereka lebih tidak dibenarkan membuka langkah tari yang terlalu luas. Tarian seorang penari wanita haruslah tidak terlalu menonjol, dan ciri-ciri kejelitaan seorang gadis Melayu itu harus dipaparkan melalui gerak tubuh yang menggambarkan pemalu dan kehalusan. Dilarang sama sekali unsur erotis. Goyangan pinggul dan tangan tidak boleh keterlaluan. Lambaian tangan pula harus berada di bawah paras bahu, dan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengangkat tangan melebihi paras ketiak.

Bahkan, tangan dan kaki harus berada pada paras dan gaya tertentu, seperti tangan seorang penari wanita tidak boleh terlalu tinggi hayunannya, manakala henjut kaki pula tidak boleh terlalu keras dan kuat, kerana semua sikap itu ialah sikap kaum lelaki, bukannya wanita. Sekali imbas, ciri-cirinya adalah ciri gadis Melayu terakhir, yang kita semua cari.

Liuk dalam tarian zapin ialah penggerakan tubuh penari yang menunduk sambil berpusing ke kiri dan kanan. Liuk tarian zapin yang dipersembahkan dalam tarian zapin membawa falsafah bahawa setiap mereka yang bernama Melayu harus merendah diri, tidak angkuh, sombong dan membangga diri yang keterlaluan.

Lebih mengasyikkan, kiraan hayunan dalam tarian Zapin yang biasanya melibatkan pengunaan angka 2, 3, 4, 6 dan 7 dan tidak angka 1 dan 5 kerana angka 1 membawa kepada perlambangan KETUHANAN dan angka 5 membawa kepada perlambangan RUKUN ISLAM. Seolah-olah angka itu dieklusifkan pada amalan dan pendirian tertentu dalam agama Islam.

Kesimpulannya, janganlah anak Melayu menghina budaya mereka sesuka hati tanpa mengetahui bahawa nenek moyang kita telah menerapkan falsafah-falsafah yang sangat mengasyikkan, sesuai dengan budaya bangsanya, sesuai dengan agama bangsanya, dan setiap yang dicipta dan wujud dalam tamadun Melayu, InsyaALLAH akan terselit hakikat sebuah ketamadunan yang sangat unggul!

Wahai rakan-rakanku pewaris gelaran The Gentlemen Of The East, selamat menghayati artikel ini.

Bacaan Lanjut:

1. Mohd Anis Md Nor (2002) Falsafah Seni Persembahan Melayu di Sebalik Tarian Zapin

2. Artikel Berita Harian bertarikh 13/8/2016 bertajuk Zapin Melayu Terus Berevolusi.

-HE-

sumber: https://facebook.com/thepatriotsasia/photos/a.182165691977464/608279122699450/?type=3&eid=ARCJteOKKNmbtg0kjCrWn-D7PNDiS6YHFFkbGT1VhVguZ3yBwZ165ufDvE8a34YsUS7Ok76SKNO1w8ub&__tn__=EEHH-R

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s