Puisi khas untuk Adiguru Pak Akob(Pengasas Zapin Tenglu)

Puisi dikarang oleh Puan Dianna Sulaiman, Jurulatih Utama Pezapin merangkap Setiausaha Pezapin pada 19 Julai 2016 yang bertajuk “Susu untuk Abah” didedikasi khas buat Pak Akob yang kini uzur dan kita berdoa akan kesihatan beliau kembali sembuh serta sihat seperti biasa.

SUSU UNTUK ABAH

13769588_958885670889080_1925950398218109469_n

Seteguk susu
Segunung harapan agar abah tidak rasa lapar
Seteguk susu
Kami bancuhkan dengan penuh kasih Sayang
Harap dapat melenyapkan segala penderitaan yg abah alami
Tatkala hening pagi
Wajah abah berseri hingga ke dinihari
Tiada riak lapar atau dahaga
Seolah tiada apa yang dialami
Seteguk susu jadi santapan
Pagi petang hingga ke malam
Abah terima tanpa ucapan
Senyap sunyi..berbeza Dari dulu
Keriuhan keceriaan abah
Menghayun langkah azimatnya zapin tenglu
Kini zapin yg abah cipta tidak dipandang oleh mereka-mereka
Zapin abah kini sepi
Sepi seperti kami kesepian mencari kelibat abah yg ceria..
hanya kami yg menarikannya hingga saat ini dengan bangga diri
Kerana berjaya menguasainya Dari abah
Padahal abah yg bawa fenomena zapin suatu ketika dulu
Tak mengapa abah..kami tetap bersama abah..
Seteguk susu buat abah agar dapat menari zapin tenglu di dunia abah sekarang..
Menari dengan lengok abah yg tiada tandingan
Seteguk susu buat abah agar dapat buka mata melihat kami menari
Buka mata mu abah..lihatlah keindahan dunia ciptaan tuhan..
Seteguk susu utk abah sebagai penawar kerinduuan utk kami anak-anak Pezapin..
DOA dan harapan kami seiring dengan seteguk susu yg abah minum…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s