UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Penulis : Razak Rahmat, Yang Dipertua Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

RAZAK RAHMAT

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, kita dipertemukan sekali lagi dengan Syawal yang akan menjelma pada hari esok setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Terlebih dahulu, saya ingin merakam jutaan terima kasih atas perhatian yang diberi oleh tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari, pelajar-pelajar sama ada dari universiti, kolej, akademik, pusat-pusat pembelajaran dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia serta semua penggiat dan peminat zapin-zapin Johor dalam mengikuti perkembangan kami pada setiap masa. InshaAllah, saya dan rakan-rakan Pezapin akan terus berusaha mengeratkan tali persaudaraan kepada sesiapa sahaja yang ingin memartabatkan seni tari zapin dan dalam masa yang sama akan memikirkan cara-cara untuk meningkatkan mutu maklumat yang benar, tulus dan menepati kehendak pengasas, penerus dan pewaris yang menghendaki supaya ilmu yang dicurah sentiasa dipelihara dan dijaga agar anak cucu kita tidak akan melupakan seni tari zapin Johor yang asli meskipun pelbagai pemodenan dalam zapin itu berlaku. Kami juga mengalu-alukan pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan Pezapin untuk menjayakan matlamat ini.

Akhir kata, Saya mewakili rakan-rakan Ahli Jawatankuasa Pezapin serta seluruh warga Pezapin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penggiat dan peminat zapin-zapin Johor serta semua umat Islam diseluruh dunia . Mohon maaf zahir dan batin.

 

Ikhlas daripada kami warga Pezapin.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s