INFO TERKINI PEZAPIN 2016

Mulai hari ini, hebahan aktiviti akan dimuatkan dalam Facebook Laman Rasmi Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor(sila klik) dan website serta beberapa media sosial digunakan. Namun begitu, blog rasmi ini akan menjadi medan penulisan bagi tujuan memberi pengajaran, ilham, idea dan pelbagai lagi dalam usaha untuk memartabatkan tentang zapin-zapin yang terdapat di negeri Johor. Nantikan penulisan-penulisan mereka yang terlibat dalam Pezapin dan mungkin juga ditaip dalam blog ini rakaman-rakaman ucapan oleh pengasas, penerus dan pewaris zapin-zapin di negeri Johor.

Dalam usaha untuk mencapai maksud akan apa yang pezapin usahakan sudah pasti banyak cabaran dan onak duri yang perlu dilalui. Begitu sukar pada awalnya dan kini telah menjadi ikon kepada anak-anak muda untuk mempelajari seni tari zapin Johor agar tidak dilupai generasi masa hadapan. Usaha menjaga dan mengekalkan keaslian zapin Johor ini mesti dikekalkan disamping usaha menarik minat golongan muda agar ia lebih seronok dipelajari. kami juga mengakui pembaharuan dalam gerak pola tari itu penting agar ia dapat meningkatkan kerancakan tari zapin Johor itu sendiri. Banyak kupasan ini akan dibincangkan dalam masa terdekat. Untuk pengetahuan semua, perancangan berkaitan aktiviti anjuran Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor masih berjalan lancar selaras proses pembaharuan dalam strategik memperkasa PEZAPIN 2015 – 2017. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong Pezapin selama ini. Nantikan penulisan kami selepas ini.

Admin – Mohd Hasrizal Yusuf (Naib yang Dipertua Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor)

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s