SELAMAT DATANG KE KELAS PE-ZAPIN

KELAS TARI PERCUMASalam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya dapatlah kita kembali kepada satu aktiviti yang setiap tahun sememangnya menjadi satu tradisi PE-ZAPIN iaitu mengadakan kelas tari Zapin dan Tarian Tradisional Melayu secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat tidak kira golongan penari mahupun yang tidak pernah menari apatah ia terbuka kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa.

Aktiviti ini sememangnya menjadi salah satu aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada semua yang menyertainya. Selain dapat mempelajari budaya di negeri Johor, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Penerapan nilai-nilai kesopanan amat dititikberatkan kerana ia adalah salah aspek bangsa Malaysia.

Sememangnya kini kita dihimpit dengan kepelbagaian budaya luar yang menyerap masuk ke dalam negara kita. Meskipun begitu, ia bukanlah alasan untuk kami tidak meneruskan tradisi budaya bangsa yang menjadi lambang kepada kebudayaan rakyat Malaysia. Bagi menarik minat golongan muda untuk menyertai aktiviti seumpama ini sememangnya memerlukan daya tarikan yang berterusan. Justeru, kami mengajak muda-mudi di luar untuk menyertai aktiviti kami ini pada setiap hujung minggu. Sampai jumpa di sana.

Admin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s